Friday, May 4, 2012

Masih mencari

bibir yang menutur
telinga yang mendengar
mata yang memerhati
tingkah yang terluah

segala kepincangan menjadi bisu, tuli dan buta

andai akal yang dikurnia dibiar tanpa berfikir
hanya menerima sesuatu yang entah ya atau tidak
baik atau buruk
betul atau salah 
benar atau sanggah
dek mengikut hati yang mungkin mati
kering tanpa air
gersang tak berembun
walau setitis

mungkin aku juga yang bersalah

maaf andai aku gagal
menyambut salam yang diberi
mancapai tangan yang dihulur
kerana naif
hanya demi
melambai pada yang kabur
menggapai pada yang kelam

semoga ditunjukkan jalan yang terang
jalan menyuluh cahaya 
jalan menuju nur...

No comments: