Thursday, November 1, 2012

"barangkali..."

wahai perasaan
aduhai hati
kenapa kau begini?
kenapalah bila muncul hamba Allah yg seorang ni kau hanya tahu hendak marah saja

salah apakah dy pada kamu?
hanya kerana dy jatuh pada kamu?
kenapa sblm kamu tahu perkara itu kamu biasa sahaja?
kamu ego?


mungkin...
tapi hati menginginkan si dy yang boleh membentuk diri ini
bukan hanya ingin menjaga hati ini kononnya
sbb aku takut pada yg terlalu menjaga
kerana aku tahu aku tidak begitu
aku bisa mnjadi kejam

tapi ingatlah sayang...

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216) 

"Ya ALLAH ya TuhanKU...jika itu terbaik buatku, maka KAU bukakan lah hati ini untuk menerima segala yang telah ENGKAU tetapkan, redhakan lah hati ini untuk menjadi ummat yang terpuji dan terpelihara akhlak, jika tidak maka KAU palingkanlah hati ini hanya kepada-MU dan kepada yang ENGKAU kehendaki, itu adalah yang terbaik...ameen~"




No comments: