Friday, September 30, 2016

21

IT IS
JUST IN TIME
X SEDAR PON
KEJAP JE
RUPANYA DAH 21 TAHUN
EH DAH BOLEH KAWEN LA AHAHAHAHA KEKDAHNYA??
SHOULD IT BE SAD? OR ORDINARY?
I CHOOSE THE SECOND ONE
BITTER SWEET ALL COME THROUGH
ALREADY DONE THESE 21 YEARS
ANOTHER COMING? WILL SEE
WILL GO THROUGH NO MATTER WHAT
THINK I AM STRONG & BIG ENOUGH TO FACE IN FRONT
FUTURE
ALTHOUGH
IT JUST A DAY EVEN YEAR
I WONT FORGET
BUT U R ALWAYS IN MY HEART
FOREVER...
I LOVE YOU
AL-FATEHAH....

Wednesday, July 27, 2016

then i said fined, done

dah kenapa pulak dngn tajuk tu????

eh Assalamualaikum w.b.t

sebenarnya xda benda sangat pon, sesaja nk update huahuahua harap maaf
macam mna boleh tekeluar tajuk ni? sbbnya baru lepas berdiscuss dngn ince boss hukhukhuk
pasal apa haruslah pasal keje kan ahahahah TETAPIIII....
kenapa?
kita pulun terang pasal hal ni, then dy ckp kot nu
maka dlm kepala cheq terus la tekeluar
i said this, u said that, i keep said this, u said so?
okay then i said fined, u boss, i is kuli huk3
biasala kan kita keje ngn org so harap mklom la
hai bila la gmknya boleh buat bisnes sndiri eh?
mana tau kan rezeki masa depan
sekarang pon dah join projek STG hehehe
apa tu?
ala team jual produk Sahajidah Hai-O tu
ramai dah hoi yang join
ada yg teringin jgk ka? nak tmbh income dizaman mencabar sekarang heee

ok dah jpa lg nt, bye

Thursday, March 17, 2016

my first on 2016

Hye 2016 wpon dah masuk bulan March but its okay so this is my first post for the year
#ilovememyself

Renungan hidup.

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat. Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan. Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian. Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna. Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung. Ternyata dia selalu tunduk pada Allah SWT untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui. Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah SWT.

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah SWT tak pernah mengurangkan ketetapan-NYA. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi... rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah SWT telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah SWT menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-NYA....

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-NYA.... adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah SWT menaruh sekehendak-NYA.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail A.H.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik".....

Halalnya dihisab dan haramnya diahzab....

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Subhanallah !
Ungkaian muhasabah diri.
Berkongsilah.