Thursday, November 15, 2012

mana dia ye...?

tik tok tik tok...
jarum berdenting waktu bergerak masa berlalu
hari ni bersamaan 1 Muharram 1434 Hijrah, hari Khamis
sudah masuk tahun baru dalam bulan Islam
semoga segala yg buruk dapat ditinggalkan
menjelang tahun baru bersama harapan dan semangat baru
untuk menjadi manusia yang lebih baik

24 Muharram 1409 Hijrah, hari Selasa
jam 0915
selamat datang ke dunia Sarah
bermaksud beberapa hari lagi
dalam 23 hari mungkin
maka genap la usia aku yg ke-25 dalam bulan Islam
kalau calender omputeh baru merasa tangga 24 tiga bulan 9 hari
tp dalam bulan Islam
da nak masuk 25

tapi saya masih mencari
di mana dia
si jantung limpaku
semoga kita ketemu

bercita2 untuk jumpa dia dalam sedikit waktu
hanya jika DIA mengizinkan itu berlaku

Salam Maah Hijrah
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan Esok lebih baik dari hari ini

No comments: