Thursday, April 22, 2010

kau sayangku

terdetik rasa serpihan kasih
sungguh ku terkelu tidak terkata
sekian kalinya ak terjatuh
bukan sekali bukannya dua
malah berkali-kali
setiap kali itu terjadi
xpernah kau melihat cengeng padaku
tak pernah kau berpaling dariku
bahkan melampiaskan amarahmu
tidak sekali-kali
kalaupun ada itu hanya untuk kebaikan ku
langsung ku tidak berkecil hati

kau akan tersenyum
menyiram madah-madah indah
menjirus bait-bait yang menyenangkan aku
tak pernah kau jemu
agar kukembali seperti sediakala
supaya tiada tangisan yg mengiringi
hanya senyuman yang menghiasi
dalam menempuh titis-titis sisa kehidupan
memimpin tanganku
menyokong setiap langkahku
yang entah sampai bila
wpun smakin hari ku rasa seperti semakin hilang
kau tetap ada
setia di sisi aku
bukan hanya padaku
tetapi jua pada insan-insan yang kau cinta
hanya melihat dirimu mendengar bicaramu
cukup untuk membuat aku tenang

sukar untuk ku meluah rasa
mungkin itu bukan sifatku
pernah ku cuba
tapi pengakhirannya.....hanyalah kosong
malah mungkin juga negatif
bukan sekadar itu
seringkali juga ak merisaukan hatimu...mungkin
pernah membuat kau menangis

aku seorang yang khilaf
sering berada di luar batasan minda
ingin kembali seperti dulu
tapi itu mustahil
telah lama ku tinggalkan detik yang itu
andai dapat diulang waktu yang berlalu
ingin ak menjadi sekecil-kecil bayi
yang mungkin tidak pernah mendatangkan pelbagai masalah
atau mungkin ak yang tidak mahu mendepani masalah
culas...

sungguh ak sayang kamu
semangat ak adalah daripadamu
malah semangat yang kau tebarkan itu tidak tertanding olehku
hanya satu yang ak mahu
kau sentiasa bahagia
sentiasa tersenyum
jangan pernah ada duka mendatangimu
ak tak mampu melihat air matamu
aku sakit melihat mutiara itu mengalir
kerana aku
atau kerana mereka yang kau cinta
tapi ak masih begitu
masih belum mampuku untuk membahagiakan dirimu
dalam erti yang sebenar-benarnya

namun aku tahu
kau seorang yang kuat
semoga aku mampu menjadi seperti dirimu
IBUku sayang
~SELAMANYA SAYANG~

No comments: